Selasa, 10 April 2012

RINGKASAN RIWAYAT HIDUP 4 IMAM MAZHAB (IMAM MALIK)



Imam Malik bin Anas [93H/711M – 179H/796M]

Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam

sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi
yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu
‘anhum. Sejarah keluarganya juga ada hubungan erat dengan ilmu Islam, dengan
datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka.

Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika

itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya

hadith.   Abu   Suhail   Nafi’ ialah   seorang tabi‘in   yang   sempat menghafal hadith

daripada‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah


dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum.


Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Imam Malik
juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya
al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka
ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan
para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat
hidup   bersama sahabat-sahabat Rasulullah   shallallahu   ‘alaihi   wasallam. Mereka
sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara
terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan
Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.  

Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di
Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai
daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu.
Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan
hadith-hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam kitabnya al-Muwattha’.
Kitabnya ini   menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia   pernah
dikatakan oleh Imam as-Syafi‘e sebagai:   
“Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Quran melainkan
kitab Imam Malik ini.”

Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah
dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain
yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya
termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam
as-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad
bin Hanbal sebagai:  “Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang 
imam dalam bidang hadith dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam
Malik?”  

Imam Malik pernah dihukum   oleh gabenor Kota Madinah   pada tahun 147H/764M
kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum thalaq yang cuba dilaksanakan oleh
kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa
sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang
enggan akan terjatuh thalaq ke atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih
taatkan ulama' daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik
untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa
menyatakan bahawa thalaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh thalaqnya). Imam Malik
ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan
terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan
beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu
dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.  

Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar
di   Madinah   sehinggalah   beliau   meninggal   dunia   pada   11   Rabiul-Awwal,   tahun
179H/796M, ketika berusia 86 tahun (Hijriah). Di antara anak-anak murid beliau yang
masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu
Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).  



Tidak ada komentar: