Selasa, 10 April 2012

RINGKASAN RIWAYAT HIDUP 4 IMAM MAZHAB (IMAM HAMBALI)



Imam Ahmad bin Hanbal [164H/781M – 241H/856M]

Imam Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq,

pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada

umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti

Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Qur’an sejak kecil dan pada

umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad

bin Hanbal meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau
pada akhir hayatnya dijangkakan telah   menghafal lebih   daripada sejuta hadith

termasuk barisan perawinya.  


Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama

kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk
berguru dengan Imam as-Syafi‘e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu

Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, ‘Umar ibn ‘Abdullah ibn Khalid, ‘Abdurrahman

ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn ‘Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke

negeri Yaman pula untuk berguru dengan ‘Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli

hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf.

Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya

setelah sekian lama.  


Imam   Ahmad   bin   Hanbal   kembali   semula   ke   Baghdad   dan   mula   mengajar.

Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang

ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak

muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari,

Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata:  

“Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak

melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak

pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain

ilmu.” 



Imam Ahmad            bin       Hanbal             pernah            hidup   di         dalam penjara           kerana             kekerasannya
menentang     Mazhab           Mu’tazilah        yang    diterima          oleh     pemerintah     Abbasid           ketika itu. 

Tidak ada komentar: