Imam Malik bin Anas
[93H/711M – 179H/796M]
Imam Malik bin Anas lahir di Madinah
pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam
sebuah kota yang
merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi
yang telah dididik oleh para sahabat
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu
‘anhum. Sejarah keluarganya juga ada hubungan erat dengan ilmu Islam, dengan
datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka.
Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah
seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika
itu dan dengan
beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya
hadith. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadith
daripada‘Abdullah
ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah
dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum.
Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas
juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan,
cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Imam Malik
juga duduk belajar di Masjid Nabawi,
Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya
al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka
al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka
ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam.
Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan
Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan
para tabi‘in amatlah menguntungkannya.
Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat
hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka
sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara
hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka
sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara
terus. Inilah antara sebab kenapa
Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan
Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Imam Malik bin Anas kemudiannya
mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di
Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai
Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai
daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak
sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu.
Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan
Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan
hadith-hadith Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam di dalam kitabnya al-Muwattha’.
Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah
Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah
dikatakan oleh Imam as-Syafi‘e
sebagai:
“Tidak wujud sebuah buku di bumi yang
paling hampir kepada al-Quran melainkan
kitab Imam Malik ini.”
kitab Imam Malik ini.”
Antara tokoh besar yang duduk belajar
bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah
dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain
dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain
yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di
Masjid Nabawi. Antaranya
termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam
termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam
as-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Imam
Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad
bin Hanbal sebagai: “Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang
bin Hanbal sebagai: “Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang
imam dalam bidang hadith dan fiqh.
Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam
Malik?”
Imam Malik pernah
dihukum oleh gabenor Kota
Madinah pada tahun 147H/764M
kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum thalaq yang cuba dilaksanakan oleh
kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum thalaq yang cuba dilaksanakan oleh
kerajaan Abbasid sebagai tidak sah.
Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa
sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang
enggan akan terjatuh thalaq ke atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih
taatkan ulama' daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik

untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam
Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa
menyatakan bahawa thalaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh thalaqnya). Imam Malik
menyatakan bahawa thalaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh thalaqnya). Imam Malik
ditangkap dan dipukul oleh gabenor
Madinah sehingga tulang bahunya patah dan
terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan
terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan
beliau tidak lagi dapat bersolat
dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu
dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.
dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.
Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari
penjara dan beliau terus kembali mengajar
di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun
di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun
179H/796M, ketika berusia 86 tahun
(Hijriah). Di antara anak-anak murid beliau yang
masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu
Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin
Yahya al-Masmudi (234H/849M). masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar