RINGKASAN RIWAYAT HIDUP 4 IMAM MAZHAB
Imam Abu Hanifah
[80H/699M– 150H/767M]
Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya
Numan bin Tsabit bin Zhuthi' lahir pada
tahun 80H/699M
di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal
sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh
‘Abdullah ibn Mas‘ud
radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu ‘alaihi
wasallam.
Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Thalib
radhiallahu ‘anh. Imam Abu Hanifah
sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya
akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal
Al-Quran.
Imam Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa
dengan seorang tokoh agama yang
masyhur pada
ketika itu bernama as-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan
luar biasa yang terpendam dalam Imam
Abu Hanifah, as-Sya’bi menasihatkan beliau
agar lebih
banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan
nasihat dan dorongan as-Sya’bi, Imam
Abu Hanifah mula menceburkan diri secara
khusus
mempelajari ilmu-ilmu Islam.
Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu
qiraat, ilmu bahasa Arab
ilmu kalam dan
lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu
hadith dan fiqh. Beliau banyak
meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya.
Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada
as-Sya’bi dan
beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di
Kufah sahaja berjumlah 93 orang.
Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama
Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan
Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan
Shu’bah yang pada ketika itu terkenal
sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadith (pemimpin
umat dalam
bidang hadith), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadith
kepada orang ramai. Berkata Shu’bah:
“Sebagaimana aku ketahui dengan pasti
akan kesinaran cahaya matahari, aku juga
ketahui dengan
pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama.”
Imam Abu Hanifah tidak hanya berpuas
hati dengan pembelajarannya di Kufah dan
Basrah di Iraq.
Beliau kemudiannya turun ke Makkah dan Madinah untuk menuntut
ilmu lagi. Di
sana beliau duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah. Kemudiannya
Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar agama di
Makkah yang juga
merupakan anak murid kepada ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi
Thalib ra, Abu Hurairah ra dan
‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan
Imam Abu Hanifah
dalam ilmu-ilmu hadith dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga
beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah menjadi
guru kepada penduduk
Makkah. Imam Abu Hanifah kemudiannya
meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir
dan Ja’afar
as-Shadiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu.
Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun
lebih
tua daripada Imam Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar.
Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Imam
Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad
sebagai guru dan sekaligus tokoh
agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang
akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan
akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan
tersebut.
Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah
mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia
Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya.
Di samping mengajar, Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau
Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya.
Di samping mengajar, Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau
amat bijak dalam mengadili antara dua tanggungjawabnya ini sebagaimana
diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyadh:
diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyadh:
“Adalah Imam Abu Hanifah seorang ahli
hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak
kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang
kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang
yang sangat sabar dalam pembelajaran
baik malam atau siang hari, banyak beribadat
pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang
pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang
kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada
kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”
kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”
Pada zaman pemerintahan Abbasid,
Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta
beliau menjawat kedudukan Qadhi kerajaan. Imam Abu Hanifah berkeras menolak
beliau menjawat kedudukan Qadhi kerajaan. Imam Abu Hanifah berkeras menolak
tawaran itu. Jawapan Abu Hanifah
membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar
Imam Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai
Imam Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai
menyebabkan al-Mansur terpaksa membenarkan
Imam Abu Hanifah meneruskan
pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula
pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula
mengerumuni penjara untuk belajar bersama Imam Abu
Hanifah,al-Mansur merasakan
kedudukannya mula tergugat. Al-Mansur merasakan Imam Abu Hanifah perlu
kedudukannya mula tergugat. Al-Mansur merasakan Imam Abu Hanifah perlu
ditamatkan hayatnya sebelum terlambat.
Akhirnya Imam Abu Hanifah meninggal
dunia pada bulan Rejab 150H/767M (ketika
berusia 68 tahun), yakni ketika berada di dalampenjara disebabkan termakan
berusia 68 tahun), yakni ketika berada di dalampenjara disebabkan termakan
makanan yang diracuni orang. Dalam
riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul
dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia
dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia
Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan
6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000
orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan
orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan
mereka membolehkan ajarannya
diteruskan kepada masyarakat. Antara anak-anak
murid Imam Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M)
dan Muhammad bin Hasan as-Syaibani(189H/805M). murid Imam Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar