Imam Ahmad bin
Hanbal [164H/781M – 241H/856M]
Imam Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad
bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq,
pada tahun
164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada
umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan
oleh ibunya Saifiyah binti
Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Qur’an sejak kecil dan pada
umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith
yang terkenal. Imam Ahmad
bin Hanbal
meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau
pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith
termasuk barisan perawinya.
Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin
Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama
kemudian ke
Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk
berguru dengan
Imam as-Syafi‘e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu
Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, ‘Umar ibn
‘Abdullah ibn Khalid, ‘Abdurrahman
ibn Mahdi dan
Abu Bakar ibn ‘Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke
negeri Yaman pula untuk berguru
dengan ‘Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli
hadith yang besar
ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf.
Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad
mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya
setelah sekian
lama.
Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar.
Kehebatannya
sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang
ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak
muridnya yang
kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari,
Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn
Salam pernah berkata:
“Ahmad bin Hanbal adalah orang yang
paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak
melihat ada orang
yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak
pernah bersenda gurau, selalu berdiam
diri, tidak memperkatakan apa-apa selain
ilmu.”
Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup
di dalam penjara kerana
kekerasannya
menentang Mazhab
Mu’tazilah yang diterima oleh
pemerintah Abbasid ketika
itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar